4 Mei 2013

SISTEM SURIA

Sistem Suria juga rumah kepada beberapa rantau yang diduduki oleh objek yang lebih kecil. Lingkaran asteroid, iaitu berada antara Marikh dan Musytari, juga semirip kepada planet terestrial sepertimana ianya terdiri utamanya batuan dan logam. Orbit di luar Neptun tempat beradanya lingkaran Kuiper dan cakera terserak; populasi yang dipaut dari objek trans-Neptun yang terdiri dari ais seperti air, amonia, dan metana. Didalam populasi ini, lima objek berindividu, Ceres, Pluto, Haumea, Makemake dan Eris, ialah dikenalpasti cukup besar untuk dipusingkan oleh graviti mereka sendiri, dan demikian diistilahkan planet kerdil. Tambahan pula kepada beribu dari badan kecil[e] pada dua rantau tersebut, beberapa bilangan iaitu dianggap calon planet kerdil, berbagai populasi badan kecil lain termasuklah komet, sentora dan debu interplanet yang bebas mengembara antara rantau. Enam dari planet dan tiga dari planet kerdil diorbit oleh satelit semulajadi,[b] yang biasanya diistilah sebagai "bulan" selepas Bulan Bumi. Setiap dari planet luar dikelilingi oleh cincin planet dari debu dan lain-lain zarah.

            Angin suria, iaitu aliran plasma dari Matahari, menciptakan gelembung pada medium interstelar yang dikenali sebagai heliosfera, iaitu melangkau diluar kepada tepian cakera terserak. Awan Oort, yang dipercayai menjadi sumber untuk komet jangka-panjang, mungkin juga wujud pada jarak secara kasarnya beribu kali lebih jauh dari heliosfera. Heliopaus merupakan poin iaitu tekanan dari angin suria disamakan kepada tekanan bertentangan dari angin interstelar. Sistem Suria terletak didalam satu dari tangan luar galaksi Bima Sakti, iaitu mengandungi sekitar 200 bilion bintang.



3 Mei 2013

Jenis-Jenis Buruj (2)



Pari/Southern Cross

   Buruj Pari, adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh di lihat di bumi. Buruj Pari digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Ketika mencerap buruj Pari, kita selalunya terkeliru dengan bintang-bintang lain yang berdekatan dengannya sehingga kita tersalah cerapnya. Buruj Pari sebenarnya di wakili oleh 5 butir bintang Bintangnya yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan bumi .Buruj ini  boleh di lihat sepanjang tahun di bahagian selatan.



Kala Jengking/Zodiak

 
Buruj ini dinamakan scorpio ( kala jengking ). Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur. Menurut ahli astrologi purba, Scorpio dijajah oleh planet Marikh, tetapi pendapat mereka bercanggah dengan pendapat ahli astrologi moden yang mengatakan Scorpio sebenarnya dikawal oleh planet Pluto. Nama sanskrit bagi Scorpio dalam astrologi Hindu ialah VṛścikA. Jika anda berjaya mencerap buruj ini, ia kelihatan seperti huruf J yang sedang terbaring. Bintang yang terang yang terdapat di buruj ini ialah bintang antares.







Jenis -Jenis Buruj (1)



Belantik/Orion
Belantik adalah nama bagi satu daripada 88 buah buruj di langit. Secara kasarnya, ia terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang, misalnya perangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik. Belantik dikenali sebagai Orion dalam bahasa Inggeris dan Yunani iaitu nama pemburu dalam legenda Yunani purba. Mengikut sudut pandangan di Eropah, empat biji bintang yang membentuk kerangka luar segiempat tepat buruj ini kelihatan seperti susuk tubuh manusia (dengan tambahan beberapa bintang lebih malap di luar segiempat ini); Bintang Tiga Beradik pula membentuk tali pinggang pemburu itu. Di bawah Bintang Tiga Beradik, terdapat pula beberapa biji bintang malap, kononnya membentuk pedang (atau sarung pedang) pemburu itu. Belantik boleh dilihat di langit malam dari bulan Disember hingga Mac.






Biduk /Big Dipper

Buruj ini kelihatan antara bulan Mei hingga Jun .Buruj ini juga di gelar Buruj senduk kerana ia kelihatan juga seperti senduk. Ia juga menunjukkan arah utara melalui bintangnya Dubhe dan Merak .Buruj ini bernama biduk (big dipper) .Ia adalah bahagian ekor ke separuh badan dari buruj beruang besar atau Ursa Major. Buruj ini di panggil "buruj Biduk" kerana ia kelihatan seperti sebuah biduk (sampan).

NAMA-NAMA BURUJ



Kebanyakan buruj di namakan dengan Bahasa Inggeris atau nama-nama dalam mitologi Greek. Dibawah ini sebahagian daripada nama-nama dalam bahasa Melayu dan  bahasa Inggeris atau mitologi Greek
 

           NAMA-NAMA BURUJ DALAM BAHASA MELAYU

              DAN BAHASA INGGERIS/MITOLOGI GREEK

NAMA BURUJ DALAM BAHASA MELAYU
NAMA BURUJ DALAM BAHASA INGGERIS/MITOLOGI GREEK
Biduk/Senduk
Big Dipper/Ursa Major/The Plough
Belantik/pemburu
Orion
Scorpio (kala jengking)
Scorpion
Pari/ Silang Selatan
Crux/Southern cross
Lembu
Taurus
Raksasa laut
Cetus
Singa
Leo
Ular
Hidra
Pembawa air
Aquarius
Neraca
Libra
Kembar
Gemini
Kambing gurun
Aries
Pemanah
Sagittarius
Herkules (Raja Rom yang pernah didakwah untuk masuk Islam oleh Rasullullah SAW)
Hercules
Ketam
Cancer
Helang
Aquila

KEGUNAAN BURUJ DALAM KEHIDUPAN KITA



1.    Pada zaman dahulu buruj bertindak sebagai kompas bagi menentukan arah pelayaran kepada pelaut dan pengembara. Contohnya buruj belantik dan biduk sentiasa mengarah ke utara manakala buruj pari sentiasa mengarah ke selatan.

2.  Ahli –ahli astronomi menggunakan buruj bagi memetakan langit. Mereka mengenalpasti kedudukan sesuatu objek samawi (bintang/planet/meteor dll) berdasarkan kedudukan objek samawi tersebut di dalam sesuatu buruj. Contohnya -komet  Ikeya Seki di cerap di dalam buruj Hercules. Komet Shoemaker Levy 9 Menghentam Planet Musytari di kedudukan buruj Cetus. Sebuah UFO telah di kesan di  kedudukan buruj Andromeda.

3.   Pada zaman dahulu , manusia menentukan musim berdasarkan kemunculan buruj-buruj. Buruj juga boleh menandakan sesuatu masa untuk bertanam atau untuk menuai hasil tanaman.

BURUJ



Galaksi Bima Sakti (Milky way galaxy) adalah galaksi yang menempatkan bumi dan sistem suria. Panjang galaksi Bima Sakti adalah 100,000 tahun cahaya dan tebalnya ialah 10,000 tahun cahaya. (tahun cahaya = unit yang di gunakan oleh ahli-ahli astronomi untuk mengukur jarak antara bintang-bintang, galaksi-galasi dan dan objek-objek langit yang memiliki jarak yang terlalu jauh dimana jika menggunakan ukuran biasa spt Km ia akan menggunakan nombor yang terlalu panjang) 1 tahun cahaya ialah jarak yang di lalui oleh cahaya dalam masa satu tahun (365 dan 1/4 hari) dan 1 saat cahaya bergerak sejauh 300 juta KM.

Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu.Corak-corak tertentu yang di hasilkan oleh gugusan bintang di langit di panggil buruj. Buruj   dapat dilihat dengan jelas di langit pada malam hari. Pada siang hari juga terdapat buruj di langit tetapi kita tidak dapat melihatnya kerana cahaya matahari yang terlalu terang.

Kedudukan buruj sering bertukar-tukar tempat kerana bumi sentiasa berputar pada paksinya. Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kemunculan buruj-buruj tertentu, hanya pada masa-masa tertentu.

Buruj Zodiak  yang terdiri daripada 12 buruj hanya kelihatan pada bulan-bulan tertentu dalam masa setahun di garisan khatulistiwa. Buruj yang seringkali kelihatan di langit Malaysia serta mudah di cerap ialah Buruj Biduk (Big Dipper), Buruj Belantik (Orion), Buruj Kala Jengking (Scorpio) dan Buruj Pari (Crux).

2 Mei 2013

Alam Semesta


Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat (pepejal), atau tidak dapat dilihat (udara). Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.

Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.

Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.

Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.