Asteroid ialah
objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahariyang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh
sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet)
atau dikenali sebagai planetoid.
Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.
Definisi
sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor
tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam
sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar
asteroid.Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada
masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m
diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih
kecil.
Perbezaan ini
dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya selamat melalui atmosfera
Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula selalunya berkecai di atmosfera Bumi.Kesimpulannya,
asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil
daripada planet.
0 ulasan:
Catat Ulasan