3 Mei 2013

BURUJ



Galaksi Bima Sakti (Milky way galaxy) adalah galaksi yang menempatkan bumi dan sistem suria. Panjang galaksi Bima Sakti adalah 100,000 tahun cahaya dan tebalnya ialah 10,000 tahun cahaya. (tahun cahaya = unit yang di gunakan oleh ahli-ahli astronomi untuk mengukur jarak antara bintang-bintang, galaksi-galasi dan dan objek-objek langit yang memiliki jarak yang terlalu jauh dimana jika menggunakan ukuran biasa spt Km ia akan menggunakan nombor yang terlalu panjang) 1 tahun cahaya ialah jarak yang di lalui oleh cahaya dalam masa satu tahun (365 dan 1/4 hari) dan 1 saat cahaya bergerak sejauh 300 juta KM.

Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu.Corak-corak tertentu yang di hasilkan oleh gugusan bintang di langit di panggil buruj. Buruj   dapat dilihat dengan jelas di langit pada malam hari. Pada siang hari juga terdapat buruj di langit tetapi kita tidak dapat melihatnya kerana cahaya matahari yang terlalu terang.

Kedudukan buruj sering bertukar-tukar tempat kerana bumi sentiasa berputar pada paksinya. Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kemunculan buruj-buruj tertentu, hanya pada masa-masa tertentu.

Buruj Zodiak  yang terdiri daripada 12 buruj hanya kelihatan pada bulan-bulan tertentu dalam masa setahun di garisan khatulistiwa. Buruj yang seringkali kelihatan di langit Malaysia serta mudah di cerap ialah Buruj Biduk (Big Dipper), Buruj Belantik (Orion), Buruj Kala Jengking (Scorpio) dan Buruj Pari (Crux).

2 ulasan: