5 Mei 2013

FAKTA SAINS



·         Sistem Suria terdiri daripada Matahari dan planet-planet.
·         Mengikut urutan, kedudukan planet bermula dari Matahari : Utarid,Zuhrah,Bumi,Marikh, Musytari,Zuhal,Uranus dan Neptun.
·         Setiap planet berbeza dari segi saiz dan jarak dari Matahari.
·         Setiap planet mempunyai keadaan yang berbeza –beza pada permukaannya.
·         Matahari berada di tengah-tengah Sistem Suria.
·         Saiz Matahari lebih besar berbanding dengan planet-planet lain.
·         Kesemua planet beredar mengelilingi Matahari.
·         Nisbah saiz Bulan kepada Bumi dan Matahari ialah 1:4:400.
·         Jarak dari Bumi ke Matahari ialah 400 kali lebih jauh berbanding dengan jarak Bulan ke Bumi.
·         Bumi mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai untuk menampung hidupan.
·         Sekiranya Bumi berada terlalu dekat dengan Matahari , suhunya akan menjadi terlalu tinggi untuk menampung hidupan.
·         Sekiranya Bumi berada terlalu jauh dari Matahari, suhunya akan menjadi terlalu rendah untuk menampung hidupan.
·         Bumi merupakan satu-satunya planet dalam Sistem Suria yang mempunyai hidupan.

0 ulasan:

Catat Ulasan