Bintang (Jawi:
بينتڠ)
merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka
sendiri. Cahaya
bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana
unsur hidrogen
digabungkan untuk menghasilkan unsur helium,
gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai
daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.
Apabila debu dan gas
berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas
daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas
mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu
tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium haba dan cahaya.
Bintang
terdekat dengan bumi
adalah matahari
pada jarak purata 149,680,000 kilometer, diikuti oleh Proxima Centauri dalam gugusan bintang Centaurus kira-kira 39.9 trilion
kilometer atau 4.2 tahun cahaya Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya
yang dihasilkan yang menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz,
jisim, ketumpatan, dan komposisi kimianya.
Kandungan
kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan spektroskopApabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut
dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar
bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali
sebagai gergasi merah yang boleh mencapai 100 kali saiz
matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut
bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akan membentuk super gergasi merah. Super gergasi merah ini
kemudiannya membentuk Nova
atau Supernova
dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong Hitam.
0 ulasan:
Catat Ulasan