4 Mei 2013

PLANET (2)


       MARIKH



Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria. Hampir kesemua air yang terdapat di planet ini di dalam keadaan beku.Saintis belum menemukan apa-apa hidupan di sini.
Marikh senantiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas adi serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.
                                                            
                                                          MUSYTARI
                                                      
Musytari adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria. Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.Saiznya sangat besar sehingga mampu memuatkan kesemua planet lain di dalamnya. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
57.9 juta kilometer ke Utarid
108.2 juta kilometer ke Zuhrah
149.6 juta kilometer ke Bumi
227.9 juta kilometer ke Marikh
778.3 juta kilometer ke Musytari
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
2,871.0 juta kilometer ke Uranus
4,497.0 juta kilometer ke Neptun
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.



ZUHAL

Planet Zuhal merupakan planet yang paling cantik sekali. Jika dilihat dari bumi, ia kelihatan kabur sebab terdapat jalur pada nya. Angin yang bertiup diplanet ini 3 kali ganda lebih kuat dari angin yang bertiup di Musytari. Di Zuhal, terdapat peredaran jalur. Terdapat 2 jenis jalur, zon terang dan zon gelap. Zon terang mempunyai suhu yang lebih tinggi. Musytari nampak kabur kerana atmosferanya berisi dengan gas metana. Ketumpatan Zuhal kurang dari bumi. Dan ini mencadangkan yang Zuhal sama dengan Musytari.

Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan helium. Gas-gas ini tak dapat membebaskan diri dari planet kerana planet Zuhal sejuk dan gravitinya amat kuat. Suhu yang sejuk membuatkan atom-atom hidrogen dan helium tidak dapat bergerak kerana kurang tenaga. Itulah sebabnya planet-planet Jovian dipanggil planet primitif kerana masih mengekal kan gas hidrogen dan helium. Teras Zuhal agak kecil dan mengandungi unsur-unsur berat seperti Ferum dan Magneseium.
Gelang Zuhal
Zuhal mempunyai beribu juta gelang dari yang bersaiz debu sehingga ke saiz rumah. Semuanya berada dipusat khatulistiwa. Gelang-gelang nya terbahagi kepada banyak lapisan dan dan dibahagikan dengan pembahagi 'Cassini'. Gelang-gelang nya dibuat dari lapisan 'Ringlets'. Sesetengahnya sempit dan sesetengahnya lebar. Jika dilihat dari bumi, kita hanya dapat melihat 3 gelang utama. Terdapat 20 bulan didalam gelang nya. Bulan-bulan nya diperbuat dari ais dan batu. Bulan yang terbesar di planet Zuhal dipanggil Titan. Ianya lebih besar dari planet Utarid dan sangat sejuk. Suhunya mencapai -179 darjah selsius.
Sejarah Zuhal

Melalui pengkajian, Zuhal terbentuk dari kawasan luar nebula suria. ia diperbuat dari ais. Ia juga mempunyai graviti yang kuat kerana jisimnya besar. Terasnya mengandungi batu-batu, mantelnya mempunyai cecair logam hidrogen dan keraknya mempunyai cecair hidrogen. Separuh dari bulan-bulan di Zuhal terbentuk bersama-sama pembentukkan Zuhal dan setengah lagi dari asteroid. Permukaan bulan nya berkawah(purba). Dikatakan, bulan Titan mungkin berasal dari satu planetesimal besar yang terpe rangkap dalam orbit Zuhal.

0 ulasan:

Catat Ulasan