4 Mei 2013

PLANET (3)



URANUS


Uranus adalah sebuah planet dari jenis Jovian dan ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. William Herscher ialah orang yang pertama menemui Uranus. Pada mulanya beliau menemui buruj Gemini. Tetapi astronomi sekarang mengatakan yang buruj itu ialah Uranus. Planet ini berbeza dengan Musytari dan Zuhal dari segi gelangnya, bulannya dan lain-lain. Planet ini merupakan planet yang paling gemar untuk dikaji. Saiz nya pula 1/3 dari saiz planet Musytari (dari segi diameter). Jisimnya 1/20 jisim planet Musytari. Manakala jaraknya ke matahari adalah 4 kali ganda lebih jauh dari jarak Musytari ke matahari. Kesejukan planet ini adalah 100 darjah lebih sejuk dari planet Musytari. Untuk pengetahuan semua, tekanan uranus adalah rendah dan tiada logam cecair hidrogen dan helium di dalam nya.

Fakta yang paling menarik mengenai planet ini adalah putaran nya. Planet ini berputar secara golekan dan ia berputar dengan kutub utara dan kutub selatan di ufuk. Khatulistiwanya condong sebanyak 98 darjah. Disebabkan putaran nya adalah secara golekan, setiap 4 musim mengambil masa 20 tahun iaitu satu musim bersamaan dengan 5 tahun. Ahli astronomi berpendapat planet ini bergolek kerana mungkin ia dilanggar suatu masa dahulu. Di planet ini, terdapat juga gelang seperti planet Zuhal tetapi ianya tidak dapat dilihat. Gelang nya hanya dapat dilihat bila berlaku okultasi (occultation). Okultasi ialah contoh nya bila matahari bergerak menghampiri bulan dan menutupinya.

Bulan Uranus

Terdapat 5 bulan utama di planet Uranus. Bulan-bulan ini dapat dilihat dari bumi. Tetapi Voyager 2 menemui 10 lagi bulan menjadikan semuanya 15 buah bulan. Bulan-bulan ini berketumpatan rendah dan berais. Nama 5 bulan utama dan sifat nya adalah seperti dibawah.

1) Oberon - Bulan yang paling luar, saiznya 1/2 bulan bumi dan permukaan nya purba.

2) Titania - Bulan yang kedua luar, saiznya 1/2 bulan bumi dan permukaan nya purba.

3) Umbrial - Bersaiz 1/3 bulan bumi dan permukaan nya berkawah.

4)Ariel - Mempunyai permukaan yang berkawah.

5) Miranda - Bersaiz 14% bulan bumi, berbentuk bujur.



NEPTUN


Planet Neptun adalah planet yang ke 8 dalam sistem suria kita. Ianya bewarna biru gelap dan planet ini 4% lebih kecil dari planet Uranus. Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan gas helium dan berawan. Atmosferanya juga mengandungi 3% gas metana. Metana ini lah yang menyebabkan Neptun bewarna biru. Ini kerana gas metana menyerap semua cahaya merah. Selain dari itu, planet ini juga lebih sejuk dari planet Uranus. Suhu-suhunya telah menghalang pembentukkan molekul yang mewarnakan awan-awan.

Putaran Neptun juga pantas. Ini kerana planet ini kecil. Di planet neptun, terdapat gelang-gelang melingkarinya. Terdapat 2 gelang sempit. Dan terdapat juga bulan-bulan kecil yang dipanggil bulan pengembara. Bulan utama planet neptun adalah bulan Nereid dan bulan Triton. Ia mengelilingi neptun selama 5.877 hari dibumi untuk satu putaran.


PLUTO


Planet Pluto adalah planet yang paling hujung atau jauh. Ini menyebabkan pengetahuan atau fakta berkenaan Pluto tidak banyak. Planet Pluto bukan dari jenis terrestrial atau pun jovian. Ianya ditemui dalam tahun 1970an oleh Tombaugh. Planet ini berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan dibumi.
Planet Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan. Untuk pengetahuan semua, jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh datang menghampiri matahari lebih dekat berbanding planet Neptun. Planet ini cukup sejuk. Permukaan nya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana. Dibawah adalah ciri-ciri utama planet pluto.
  • Ketumpatan Pluto adalah 2g/cm padu.
  • Diameter Pluto adalah 2300km.
  • Jisim Pluto adalah 0.002 kali jisim bumi.
  • Pluto mempunyai atmosfera yang tebal yang mengandungi gas metana, nitrogen dan karbon monoksida.
Bulan Plato.
Planet ini hanya mempunyai 1 bulan. Bulan nyan bernama Charon. Ia ditemui pada tahun 1978. Putaran bulan mengelilingi pluto adalah 6.387 hari satu putaran. Jarak nya dari planet pluto adalah 19440km dan ketumpatannya ialah 1.8 g/cm padu.

Kesimpulannya, Utarid,Zuhrah,Bumi dan Marikh ialah empat planet yang paling hampir dengan Matahari. Kesemua planet itu terdiri daripada batuan dan mempunyai lapisan atmosfera. Atmosfera di Bumi mengandungi udara yang sesuai untuk hidupan.Di planet lain pula, lapisan atmosfera sangat nipis dan beracun untuk hidupan. Manakala, Planet Musytari, Zuhal,Uranus dan Neptun terdiri daripada gas. Suhunya terlalu sejuk untuk menampung hidupan.
Jarak Bumi dari Matahari amat sesuai untuk menerima haba yang secukupnya. Bumi juga mempunyai air dan udara. Semua ini penting untuk menampung hidupan.Planet-planet lain pula menerima sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak haba. Planet-planet ini tidak mempunyai atmosfera yang sesuai untuk menampung hidupan.

0 ulasan:

Catat Ulasan