3 Mei 2013

Jenis -Jenis Buruj (1)



Belantik/Orion
Belantik adalah nama bagi satu daripada 88 buah buruj di langit. Secara kasarnya, ia terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang, misalnya perangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik. Belantik dikenali sebagai Orion dalam bahasa Inggeris dan Yunani iaitu nama pemburu dalam legenda Yunani purba. Mengikut sudut pandangan di Eropah, empat biji bintang yang membentuk kerangka luar segiempat tepat buruj ini kelihatan seperti susuk tubuh manusia (dengan tambahan beberapa bintang lebih malap di luar segiempat ini); Bintang Tiga Beradik pula membentuk tali pinggang pemburu itu. Di bawah Bintang Tiga Beradik, terdapat pula beberapa biji bintang malap, kononnya membentuk pedang (atau sarung pedang) pemburu itu. Belantik boleh dilihat di langit malam dari bulan Disember hingga Mac.






Biduk /Big Dipper

Buruj ini kelihatan antara bulan Mei hingga Jun .Buruj ini juga di gelar Buruj senduk kerana ia kelihatan juga seperti senduk. Ia juga menunjukkan arah utara melalui bintangnya Dubhe dan Merak .Buruj ini bernama biduk (big dipper) .Ia adalah bahagian ekor ke separuh badan dari buruj beruang besar atau Ursa Major. Buruj ini di panggil "buruj Biduk" kerana ia kelihatan seperti sebuah biduk (sampan).

0 ulasan:

Catat Ulasan