3 Mei 2013

Jenis-Jenis Buruj (2)



Pari/Southern Cross

   Buruj Pari, adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh di lihat di bumi. Buruj Pari digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Ketika mencerap buruj Pari, kita selalunya terkeliru dengan bintang-bintang lain yang berdekatan dengannya sehingga kita tersalah cerapnya. Buruj Pari sebenarnya di wakili oleh 5 butir bintang Bintangnya yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan bumi .Buruj ini  boleh di lihat sepanjang tahun di bahagian selatan.



Kala Jengking/Zodiak

 
Buruj ini dinamakan scorpio ( kala jengking ). Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur. Menurut ahli astrologi purba, Scorpio dijajah oleh planet Marikh, tetapi pendapat mereka bercanggah dengan pendapat ahli astrologi moden yang mengatakan Scorpio sebenarnya dikawal oleh planet Pluto. Nama sanskrit bagi Scorpio dalam astrologi Hindu ialah VścikA. Jika anda berjaya mencerap buruj ini, ia kelihatan seperti huruf J yang sedang terbaring. Bintang yang terang yang terdapat di buruj ini ialah bintang antares.







2 ulasan: